Thursday, October 30, 2014

Hidup tak selalunya indah saja...

Ya hidup tak selalu indah sahaja... tak selalu gembira sahaja... kadang-kadang datang dugaan yg kita tidak pernah duga... Selama ini aku selalu membaca dari surat khabar.. facebook berkenaan mereka2 yg sakit terlantar di hospital.. dan kadang2 kerana kesian aku menyalurkan sedikit sumbangan kerana berasa amat kasihan dengan penderitaan org lain...

       Kini tiba giliranku... Anak sulungku Sarah.. Sarah Najwa yg amat ku sayang.. pada jam 3 pagi 10 Ogos 2014 bulan syawal... kemeriahan raya puasa belum puas lagi kami rasai... Sarah datang kebilikku degan keadaan ketar.. terketar2.. menjerit memanggilku..  bila aku buka saja pintu dia terus memelukku dengan begitu erat dan keras sekali..terasa badannya yg keras... dia kata "pening..pening" sambil memelukku.. aku tak dapat nak buka pelukannya yg begitu kuat.. aku lepaskan juga pelukan sarah dan letakkan dia di atas katil.. dia kata terlalu pening.. aku tak tau apa nak buat.. aku ambil air asam dam jaramkan kepalanya... semasa itu air liur dia meleleh.. sesekali dia meludah.. abis semua tisu aku gunakan untuk lap air liurnya yg semakin byk..
  
   Sarah sukar bercakap.. hanya aku dengar dia berkata "hospital.. hospital"   .... aku dan intan adiknya terus
membawanya ke kereta.. aku dan intan sukar membawanya kerana sukar utk sarah berjalan.. keras sekali.. badan keras...berat...kesian.. kesian anakku...tapi dia masih faham apa yg kucakapkan kepadanya. aku pesan pada adiknya Intan "jaga ammar dan Aisyah baik2..ibu nak bawa kak ah ke hospital... aku tinggalkan mereka di rumah....

 Kami terus menuju ke KPJ yg tak jauh sgt dr rumahku.. aku bg sarah pegang besen kecil untuk dia meludah air liurnya yg semakin byk... 10 minit kami sampai ke unit kecemasan KPJ...


akan bersambung..... :'(