Berkaitan dengan tamar khasnya
kurma Ajwa yang menjadi makanan kesihatan dan rawatan penyakit adalah
berdasarkan pada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a…
Rasulullah bersabda : ” Al -Kam’ah daripada pemberian Allah kepada hambaNya. “
Ajwah dari Syurga” dan merupakan penawar kepada racun.(Riwayat Ibnu Majah no.3455).
“Barang siapa yang makan 7 biji
kurma Ajwa pada waktu pagi(semasa perut kosong)maka racun dan sihir tidak dapat memudaratkan pada hari itu.(Riwayat Muslim no. 2047).
Buah Kurma Ini Juga Disebut Dalam Al-Quran Di Mana Allah Telah Berfirman:
“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan(tetapi
berlainan keadaannya) dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis
tanaman serta pohon-pohon tamar
yang berumpun dan yang tidak berumpun,semuanya disiram dengan air yang
sama.Dan kami lebihkan setengah buah daripada setengahnya yang lain
(pada bentuk,rasa dan bauanya).Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir
dan memahaminya.” (Surah ar-Ra’d 13:4).
Tamar @ Kurma merupakan buah-buahan yang disebut dalam surah Maryam. Pohonnya tumbuh di padang gersang yang bersuhu panas.
Buah kurma
mempunyai begitu banyak manfaat . Allah menggariskan khasiat
penyembuhan daripada buah ini dengan menceritakan kepada Maryam yang
sedang menghadapi saat-saat
kritikal sebelim bersalin, supaya makan isi
kurma melalui firmannya yang bermaksud :

“
Lalu diseru daripada sebelah bawahnya , “Janganlah engkau
berdukacita (wahai Maryam),sesungguhnya Tuhan mu telah menjadikan di
bawah mu sebatang anak sungai .Gegarlah ke arah mu batang pohon tamar
itu supaya gugur kepada mu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan
minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang
merunsingkan”.(surah Maryam 19:24-26)
KAJIAN TENTANG KURMA:
Tamar 2
Kurma Nabi ialah
Al-Ajwa.Ia adalah sejenis
Kurma Kota Madinah .Bijinya lebih besar daripada Kurma Ash-Shaihani,warnanya agak hitam ,merupakan tanaman junjungan Nabi Muhammad SAW
.Kurmasudah
dikenal sejak zaman paleoliik. Kurma merupakan sejenis tanaman palma
yang banyak ditanam di daerah Jazirah Arab dan sebahagian orang
menganggap kurma hanya hidup di padang pasir.
Kandungan gula menjadi komponen utama
kurma dengan
komposisi yang mencapai 50 peratus daripada seluruh kandungan
buahnya..Malah kandungannya lebih besar dibandingkan buah-buahan lain
yang hanya mencapai 20-30 peratus sahaja .Pada
tamar yang baru masak.(matang di pokok)kandungan gulanya sekitar 60 peratus,sedangkan
kurma yang telah dikeringkan kandungannya cukup tinggi ,sekitar 70 peratus.
Vitamin A , thiamin, riboflavin, dan niasin misalnya ,akan membantu
menjana tenaga daripada makanan ,sememtara thiamin membantu menjana
tenaga daripada karbohidrat .vitaminA dan niasin memainkan peranan dalam
membentuk dan memelihara kulit yang sihat. Thiamin penting bagi sel-sel
saraf ,sememtara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Banyak mineral terkandung dalam
kurma
.Antaranya ialah magnesium dan kalium. Malahan kandungan seratnya yang
tinggi sangat bermanfaat kepada tubuh .Serat tersebut dapat menjadikan
percernaan lebih lancar.
MANFAAT KURMA:
Antara
manfaat kurma ialah berguna untuk menguatkan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar.
Manfaat lain bagi kurma ialah:
- Memakan
kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing dan bakteria dalam perut.
- Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa.
Kajian terbaru menunjukkan kurma secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan menyembuhkan banyak penyakit.
Telah trdapat riwayat yang kuat daripada Nabi SAW bahawa baginda memakan
kurma
dengan mentega..Khasiatnya ialah untuk membersihkan hati daripada
toksik ,menguatkan kemampuan sexsual dan menyembuhkan radang tenggorok.
Jika dimakan pada pagi hari sebelum mengambil makanan lain ,maka akan membunuh cacing.
PETUA:
Mengubati penyakit kencing manis:
1- Makan secara biasa 1-7 biji
2- Tiga kali sehari
3- Makan ketika perut kosong
4- Dimakan pada pagi, tengahari ,petang atau malam.
Sesungguhnya kurma bukan sahaja merupakan buah tetapi sekali gus menjadi ubat,minuman,pemanis dan makanan berkhasiat.
Allah mempunyai maksud tertentu dengan menyeru kita untuk
mementingkan kurma.Dengan meneliti isi kandungan buah ini,akan
membuatkan kita lebih faham tentang apa yang difirmankan Allah.
Kurma
dengan kandungan 50 peratus gula,amat berkhasiat kerana isi buahnya
mengandungi fruktosa dan glukosa berkalori tinggi dan mudah serta cepat
dicerna.
Kandungan gulanya berupaya menenangkan saraf yang gelisah serta
memberikan rasa tenang pada jiwa.Sudah pasti setiap ibu yang bersalin
kehilangan banyak tenaga dan darah.,Malahan dengan sendirinya jumlah
gula dalam darah hilang dengan kadar yang banyak.
Oleh sebab gula yang hilang itu perlu diganti,memakan
kurma mamou menggantikan gula dalam darah dan memberikan tenaga kepada ibu yang baru bersalin.
Kurma bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui bayi secara semulajadi.Menarik juga untuk dicatatkan bahawa buah
kurma
secara khusus memberi manfaat kepada mereka yang hidup dalam kawasan di
mana pohon-pohon ini tumbuh .Protein dan gula daripada buah
kurma merupakan sumber khasiat yang paling utama bagi penduduk di padang pasir.
KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL & IBU MENYUSU:
1- Mencegah Daripada Berlakunya Pendarahan Ketika Melahirkan Anak:
Amalan memakan
kurma basah atau
kurma Rotab
boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak
dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim sepertisedia kala.
2- Nutrisi Ibu
khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana
buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, potassium dan serat yang tinggi.
3- Diet
Buah kurma
juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang
dalam nifas ,dikuatkan ayat daripada surah Maryam ayat 25-26
4- Mengurangkan Pendarahan Dalaman Dan Memperbanyak Air Susu Berkhasiat Tinggi
Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan
dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hormon Oksitoksin
untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan
pengecutan rahim selepas bersalin.
5- Tidak Mengandungi Kolesterol
Kurma juga mengandungi anti oksidan yang dikenali sebagai Tanin yang boleh mencegah kanser.
6- Meningkatkan Kesihatan Janin Di Dalam Perut Ibu.
KHASIAT UTAMA KURMA:
1- Jika dimakan tanpa membuang kulitnya dapat melancarkan pencernaan dan mencegah peradangan usus.
2- Bagi perempuan yang menyusu anak ,kandungan zat besi dan kalsium dalam
kurma dapat menambah kuantiti air susu.
3-
Kurma berperanan membantu pembentukan darah dan sumsum tulang bagi bayi yang disui.
4-
Kurma dipercai memberi tenaga tambahan untuk ibu hamil
5- Menurut hasil penelitian
,jus kurma dapata
memperkuat urat-urat rahim,sehingga proses memlahirkan lebih mudah.Juga
mengurangkan pendarahan ketika melahirkan serta menguatkan organ rahim.
6- bayi yang disusui ibu yang menjadikan
kurma sebagai amalan pemakanan akan membesar menjadi anak yang cerdas.
7- Sangat baik untuk mengatasi sembelit, lemah otot, letih dan stress.
8- Membantu menguatkan daya ingatan.
9- Perempuan Arab percaya
kurma dapat menghaluskan kulit .Biasanya dengan campuran bahan lain dijadikan kosmetikp pelengkap kecantikan.
10- Kadar kalium yang terdapat dalam
kurma dapat mengurangkan risiko serangan strok dan darah tinggi.
11- Bagi penderita batuk,kandungan gulanya dapat menghilangkan gatal-gatal di kerongkong ,sekali gus menghentikan batuk.
12
- Jus kurma juga berkhasiat mengurangkan penyakit insomnia.
13-
Kurma dapat menambah nafsu makan dan sexksual.
14- Zat besi yang terkandung cukup baik bagi penderita anemia dan letih lesu.
15- Memanaskan badan dan meningkatkan daya kerja otak.
Pada waktu yang sama
kurma segar memberi manfaat besar kepada otak .
Kurma dengan
kandungan 2.2% protein , juga mengandungi banyak jenis vitamin A , B1
dan B2. Protein-protein ini melindungi tubuh dari serangan penyakit,
membantu pertumbuhan sel-sel dan menyeimbangkan cairan-cairan dalam
tubuh.
Vitamin A meningkatkan kemampuan pandangan mata dan kekuatan badan
,juga kekuatan tulang dan gigi . Vitami B1 membantu saraf berfungsi
sempurma , membantu tubuh menukar karbohidtrat menjadi tenaga dan
mengatur selera makan dan pencernaa..
Vitamin B2 membantu pembakaran protein-protein seperti yang
disebutkan di atas. Karbohidrat dan lemak untuk membekalkan tenaga dan
pembaharuan sel. Disamping itu
kurma
juga mengandungi banyak mineral yang penting bagi tubuh ( seperti
Potassium,sodium,kalsium,besi,mangan dan tembaga). Apabila potassium dan
sodium bekerja bersama , akan bertindak selaku pengatur ritma detak
jantung atau sebagai degupan jantung.
Dengan membantu penyaluran oksigen ke otak, potassium mampu membuatkan fikiran lebuh rasional. Lebih jauh lagi
kurma mampu
menyediakan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh ,
merangsang ginjal mengekuarkan buangan racun metaolis , membantu
menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu pembentukan kulit sihat.
JENIS-JENIS KURMA :
1- Kh0dry 2- Khesab 3- Hulwa 3- Bed 4- Barni Al Madina 5- Barhi 6-
Ruzeiz 7- Rabeaa 8- Thawee 9- Deglet Noor 10- Khenaizy 11- Khalas 12-
Sullaj 13- Sukhari 14- Sari 15- Sabaka 16- Ruthana 17- Ruthodia 18-
Ajwah 19- Segae 20- Sufri 21- Safawi 22- Shaishee 23- Shahal 24- Shebebi
25- Miskani 26- Majhool 27- Mabroom 28- Qatarah 29- Ghur 30- Anbara 31-
Wannana 32- Hilali 33- Nabtat Ali 34- Nabtat Seif 35- Nabtat Sultan 36-
Meneifi 37- Maktomi.
KEBAIKAN KURMA PADA TUBUH:
Tamar atau
kurma khasnya
kurma Ajwah ialah
bahan makanan yang sangat penting bagi kesihatan dan dalam masa yang
sama berfungsi sebagai pengubatan penyakit. Hal ini diakui oleh nabi
sendiri sebagaimana tersebut diatas. Maka, dianjurkan untuk memakan
kurma sebagai sebahagian daripada aamalan sunnah untuk menjaga kesihatan tubuh. Sebaiknya
kurma mestilah dijadikan makanan utama sebagai sebahagian daripada
ittiba kepada
Nabi dan dalam masa yang sama sebagai usaha menjaga kesihatan dan
pegubatan. Kini dengan adanya peralatan moden , mengesahkan sabda Nabi
bahawa kurma mengandungi pelbagai zat yang amat baik bagi tubuh manusia
dan dalam masa yang sama boleh menjadi ubat.
...............................................
Sejak aku tahu mengenai khasiat kurma Ajwa ni aku beli untuk anakku Sarah yg masih belum sembuh sepenuhnya. Dia makan sebiji setiap hari diwaktu subuh semasa perut masih kosong. Aku beli melalui online sekilo RM103 termasuk pos dari Pahang. Oleh kerana harganya yg agak mahal, Sarah makan pagi sebiji setiap hari. Adiknya Aisyah pun suka kurma, setiap hari Aisyah pun makan sebiji kurma sebelum ke taska. Semoga Aisyah jadi cerdik dan Sarah cepat sembuh.
Baru2 ini kawan lamaku menunaikan umrah, aku minta tolong dia belikan kurma ajwa juga. Dia beli dan semasa aku nak bayar dia tak mau katanya sedekah untuk Sarah. terimakasih kawanku.. semoga Allah lindungai kamu sekeluarga.....Aminn......