Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.
Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan
kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]
Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan
Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan
janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” [Surah al-Isra' ayat: 23]
Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam, anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Amat
malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya:
Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada
keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal
berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]
Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :
“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya kedua-duanya telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai
Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka
mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]
dipetik dari: http://www.iluvislam.com















2 comments:
terim a kasih atas entri yang bagus ini.. sama-sama muhasabah diri..
akak kongsikan ja.. buat peringatan kat akak jugak :)
Post a Comment