Wednesday, July 29, 2009

obs?




Wah..selama ni saya kehairanan apakah objek2 kecil dan bulat yg tertera dalam gambar2 yg saya rakam...
saya pasti lensa kamera tidak basah atau pun terkena percikan air..
bila baca blog En Mazidul barulah saya faham..dan agak seramm..huhuh..
untuk mengetahui lebih lanjut sila lawat blog En Mazidul 360..
Thanks Mazidul..

Sunday, July 26, 2009

J & G Meakin England

Tureen





Set ros comel..




Hanya 3 biji ni aja yang ada dalam simpanan...
comelkan....

Saturday, July 18, 2009

Mengumpul setem kegemaranku..




Album setem ini dibeli arwah ayahku semasa aku di sekolah rendah..
Tengoklah..dah burukkan..
Dulu masa sekolah rajin juga bertukar2 setem dengan rakan2ku..
byk lagi setemku yg kusimpan dalam tin2.. album hanya satu saja..
setem pun dah bertindan2..heheh



Wednesday, July 15, 2009

EG dari Fawa



Terima kasih Fawa atas kiriman hadiah ini, sungguh cantik...
terimakasih juga kepada MrsNor
yg bersusahpayah menganjurkan EG ini...

Thanks Jija utk award ni...
1. kenapa korang rasa korang patut dapat award ni????
Entahlahh...rasa cam tak layak lagi sebab baru sangat berkecimpung dalam dunia blog nih..
2. ucapkan penghargaan korang pada sape setelah terima award ini..
Nak ucapkan terimakasih pada jija yg sudi bagi award kat kak..Jija ni dulunya kawan sekerja (hampir 20 tahun dulu) tepisah lepas masing2 dapat kerja baru...tak sangka bertemu semula di alam internet nih...semoga jija berjaya dan gembira selalu...
3. korang wajib bagi 10 orang penerima award ini plak..wajib ek..10 owang..Harap-harap sudi terima ya...
Nak bagi kat sapa lagi semua dah dapat pun...heheh..terimakasih pada yg sudi jenguk dan juga yg sudi bagi komen..thanks again...

Tuesday, July 14, 2009

BuKiT MeRah LaKE ToWn ResOrT...

Pada 5 Julai yang lalu kami sekeluarga bersama keluarga adik perempuanku telah mengambil kesempatan berkunjung ke water park ini...Itu pun sebab percuma kerana masing2 ada tiket percuma pemberian Harian Metro.. Anak2ku rajin mengumpul keratan akhbar tersebut, itupun
dah last minit, dapatlah 10 keratan dan ditukarkan dengan 2 tiket saja... Tapi dengan tak sangka
pula seorg pembeli barangan antik dariku yg bekerja di Harian Metro KL (En Zul) dengan baik hatinya telah memberikan 5 tiket percuma padaku...dapatlah bawa semua anak2 dan tiket yg lebih ku berikan pada kawan sekerjaku...

Bukan main gembira anak2ku dan anak2 sedaraku dapat mandi manda di sana maklumlah
jarang sekali kami berkunjung ke tempat mahal seperti ini, kalau tak kerana tiket percuma
mungkin tak sampai ke sana..heheh

sampai jam 10 pagi org begitu ramai (bahana tiket percuma)
Balik 6 petang..puas anak2 ku berendam..itu pun kalau boleh tak mau balik...


Terimakasih Harian Metro dan Mr Zul..

Nasib baik cuaca elok......






Papan Gelungsor tinggi ni aku tak pernah naik, tapi didesak adikku..naiklah juga..
lain kali tak mau naik lagi...takuttt...


Ibu kat ataslahh.....

Ammar sedikit pun tak takut naik Chairlift...aku yg risau.....gayat oooo.......


Ammar ajak naik crazy bus... macam nak gugur jantungku...


Habis semua permainan berbayar Ammar dah naik..
Nak naik lagi.....kopak la ibu Ammar.....
Nangis sampai tak larat ibu nak pujuk...masuk kereta terus lena....
tamat..

Monday, July 13, 2009

Terima tag dari si manis Yatt...thanks..

1-- Go to your photo files…Select the 6th photo folder
6th folder from my picture is gambar2 avanza
2-- Select the 6th photo in that folder
3-- Post that photo along with the story behind it.




Selepas mengikut arahan tag, maka dapat gambar ni..
Cerita pasal gambar ni ya...

cam ni...dlm 3-4 minggu lepas sedang dok testing2 kamera yg baru dibeli tetiba aku
dengar org menjerit dan dengar bunyi kuat mcm benda besar jatuh dalam ban (tali air) yg terletak betul2 tepi rumahku... aku dan anak2 ku berlari melihat apa yg terjadi..
Rupa2nya Avanza milik jiranku dah terundur sendiri dan terus masuk dalam ban tanpa
sempat diselamatkan tuannya, kesian jiranku dia cuma masuk dlm avanzanya ketika mpv itu berundur... tapi tak sempat, dia sendiri jatuh dan patah tangan..

Aku yg sedang pegang kamera teruslah menangkap gambar2 avanza jiranku itu.. kejadian itu
sungguh menarik minat jiran2 sekampung ramai datang bertenggek tepi ban dok tengok avanza
itu..riuh juga malam tu mujur tak ada kejadian yg lebih buruk..lepas kren datang tarik avanza tu
barulah org2 kampung pulang...inilah pertama kali kereta jatuh ban, sebelum ni motorsikal jatuh dan kanak2 jatuh dah biasa...hmmm..berhati2 dijalan raya heheh...


nak bagi tag ni kat sapa pulak ya..
bagi kat 3 org tak pa ya...
kalau rajin buatlah, tak rajin tak pa...

1) welly
2) k.inna johor
3) azura - tulip kaseh

Tuesday, July 7, 2009

Mainan ku semasa sekolah rendah..


Ni puzzle dulu zaman aku sekolah rendah...pernah tengok tak? atau kawan2 pun pernah ada puzzle ni? aku sering bermain dengan adik2 semasa kecil...sekarang dah buruk..terkoyak2 akibat lama disimpan...
Tengok barang mainan lama ini menggamit kenangan semasa kecil...sungguh gembira masa tu..
tak mungkin berulang lagi....







Aku juga ada piano lama seperti yg fitty tunjuk dlm blognya..tapi dah ilang la...sedihnya...tak salah warna merah.....





Friday, July 3, 2009

Award



Terimakasih diucapkan pada welly dan Yatt yg sudi beri Award ni...toce..toce...
Welly ni sebelum kenal dia dah pernah tengok dalam majalah dapur rumah dia (2008).
Masa tu memang teruja abis tengok koleksi barangan english style dia..tambah teruja
apabila nampak petiais dia yg penuh dari atas kebawah koleksi fridge magnet, aku siap
panggil anak2.."tengok rumah kakak ni petiais dia penuh FM"...masa tu aku baru belajar
mengumpul fm..heheh
Tak sangka pulak pada satu hari ditahun 2009 bulan Mei tengah dok di kedai cuci kereta
Welly ni cal tanya pasal tin2 lama...pot pet2 dia cakap..laju sungguh...mcmlah dah kenal lama..
tak sangka dapat juga berkenalan dengan Puan Welly yg peramah ni...terimakasih Welly
sudi jadi kawan saya..semoga Welly dan keluarga bahgia selalu...aminnn..
Dan seterusnya award ni nak kuberikan kepada semua kawan2 yg sudi masuk ke blog ini, kalau tak dak sapa masuk sunyilah blogku ini...terutama yatt, welly dan fitty yg sudi bagi komen..

Thursday, July 2, 2009

Buku rekod sekolah rendah..

Sebelum berpindah ke Bagan Jermal, Butterworth aku dan keluarga tinggal di Juru, Bukit Mertajam dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Juru selama setahun saja.. Lepas berpindah aku membawa buku rekod ini bersama ke sekolah baru, Sek Keb Bagan Jermal...
Kawan2, dengan tak malunya aku tunjuk buku rekod yg dah buruk dan pencapaian yg tak berapa bagus..heheh





Award dari Yatt yg manisss...


Wahh dapat Award la plakkk...bolehla gantung kat dinding nihh..heheh
Pemberi award ni ialah yatt yg manis...(nampak lam gambar..)
Terima kasih kerana julung2 kali akak dapat award..heheh
Yatt ni aku kanal masa dia calling2 nak tanya pasal teko meakin hijau..(kak tak lupa tau) Yatt ni senang kira, senang buat kawan, cakap mcm dah kenal lama..mungkin kot kerana kitasekampung kot no, mak Yatt pun mengajar kat sekolah kak dulu2..heheh
Ok Yatt, semoga bahgia bersama suami dan anak2 tercinta dan bersama hobi mengumpul pingganmangkuk lama...itu saja
The Rules: The Humane Award is in order to honor certain bloggers that I feel are kindhearted individuals. They regularly take part in my blog and always leave the sweetest comments. If it wasn’t for them, my site would just be an ordinary blog. Their blogs are also amazing and are tastefully done on a daily basis. I thank them and look forward to our growing friendships through the blog world. Recipients of this award should write a post about it, linking to the person gifted the award, along with (up to) ten of their own nominees.
dan award ini seterusnya nak bagi kat sapa hah?
ok akak bagi kat ...
Mrs Monaliza...Rawang..ambik kau..heheh