Friday, November 28, 2014

Sweet 17 Anis Atira...

Hari ini hari jadi anakku Anis Atira binti Ibrahim yg ke 17 tahun.. cepatnya masa berlalu.... Dari seorang budak perempuan comot sekarang anakku sudah meningkat usianya menjadi gadis yg manis... Ibu doakan Anis menjadi anak yg solehah dan berjaya selalu........

 Anis ni agak ceria sikit dari kakaknya yg pemalu.. Pandai bergaya depan kamera kadang ibu naik nak termuntah tgk dia dok bergaya sorang2 depan kamera... heheh Semoga ada la org nak ofer anis jadi model muslimah .. aminnn...heheh


Sempena harijadi dia, dia buat speghetti untuk kakak dan adik2 dia. Ibu ni tak biasa makan makanan org putih ni.. Tekak lebih selera masakan kampung.. tapi tak pa mlm nanti ibu cuba makan.. nak tgk sedap ke tidak.. ni gambar dia wathsap tadi lepas masak... bangga la tu.. setahun sekali nak masak pun susah...
Lepas ni kena la rajin2 masak.. umur dah meningkat.. boleh kawin dah tu... k bye

Ni Anis masa kecik dulu...comotkan! heheh

Sayu

Rasa nak sambung kisah 'Hidup tak selalunya indah" tapi tiap kali nak menaip terasa sayu.... terasa tak mau mengingati lagi kisah itu.... InsyaAllah jika hati dah tenang sikit saya sambung kisah itu... walaupun mungkin tak ada sesiapa membaca tapi nak coret juga buat tatapan satu hari nanti.. kisah pahit manis di blog ini untuk kenangan diri sendiri dan keluarga....

Wednesday, November 19, 2014

Ibu...

    Sudah lama tidak bertemu ibu.. perasaan rindu kian membara.. Ya Allah kau sihatkanlah ibuku tersayang... sesungguhnya tiada terbalas jasa ibu terhadap diriku... kau lindungilah dia selalu ya Allah....




Tuesday, November 18, 2014

Hidup tak selalunya indah... Bahagian 2...

       Setelah kami sampai di KPJ aku terus drive menuju ke bahagian kecemasan.... Jaga yg nampak aku berenti kereta depan pintu kecemasan terus meyorong kerusi roda.. dan tolong angkat Sarah...
Kami bawa Sarah menuju katil.. Doktor yg nampak terus datang melihat sarah..
Keadaan sarah masa tu antara sedar dengan tidak.. mata terkebil2 dengan cepat sekali.. mulut berbuih tapi dia masih boleh meludah kedalam besen. Kesian sungguh anakku..
       Dr bertanya mcm2 kepada Sarah dan aku.. aku menceritakan apa yg berlaku di rumah. Sarah dan tak boleh bercakap lagi.. dia sekadar menunduk atau menggeleng... Dr mengambil sample darah sarah utk dibuat ujian... Otak sarah juga di scan... Pada masa yg sama datang beberapa doktor bertanyakan macam2 kepadaku... tak terjawab dah aku... kesedihan melihat anakku buatkan aku menangis...Aku menelifon suami supaya segera datang ke KPJ dan menceritakan keadaan sarah.
     Sarah menunjukkan punggungnya.. rupanya sarah terberak degan byk sekali .. kesian dia...
Aku bagitau nurse... nurse siapkan pakaian dan mengajak aku mandikan sarah.. kami sama2 mengangkat Sarah... Kami mandikan sarah sama2... Badan sarah sgt keras.. Nurse mengesyorkan aku cari ustaz sbb dia rasa ada benda lain pada diri sarah. Aku tak tau apa nak buat... semasa nurse menyiapkan sarah di katil aku mencari surau kerana aku belum sembahyang subuh... Abis sembahyang aku berdoa supaya anakku sarah tak apa2 dan segera sembuh...
     Aku dan suami dipanggil doktor, dr mengatakan yg dia sendiri tak tau apa penyakit sarah , hanya dia jangkakan kuman masuk ke otak... mereka akan hantar sarah ke hospital besar Pulau Pinang segera kerana KPJ tidak ada pakar.. kata mereka... hmm aku menurut saja...
Aku dan sarah naik ambulan menuju ke Hospital Besar Pulau Pinang...Sementara suamiku pulang mengambil anak2ku juga akan ke hospital pulau pinang...

akan bersambung.... :'(
                                     Sarah di dalam ambulan menuju ke Hospital Besar P.Pinang