Tuesday, July 14, 2009

BuKiT MeRah LaKE ToWn ResOrT...

Pada 5 Julai yang lalu kami sekeluarga bersama keluarga adik perempuanku telah mengambil kesempatan berkunjung ke water park ini...Itu pun sebab percuma kerana masing2 ada tiket percuma pemberian Harian Metro.. Anak2ku rajin mengumpul keratan akhbar tersebut, itupun
dah last minit, dapatlah 10 keratan dan ditukarkan dengan 2 tiket saja... Tapi dengan tak sangka
pula seorg pembeli barangan antik dariku yg bekerja di Harian Metro KL (En Zul) dengan baik hatinya telah memberikan 5 tiket percuma padaku...dapatlah bawa semua anak2 dan tiket yg lebih ku berikan pada kawan sekerjaku...

Bukan main gembira anak2ku dan anak2 sedaraku dapat mandi manda di sana maklumlah
jarang sekali kami berkunjung ke tempat mahal seperti ini, kalau tak kerana tiket percuma
mungkin tak sampai ke sana..heheh

sampai jam 10 pagi org begitu ramai (bahana tiket percuma)
Balik 6 petang..puas anak2 ku berendam..itu pun kalau boleh tak mau balik...


Terimakasih Harian Metro dan Mr Zul..

Nasib baik cuaca elok......






Papan Gelungsor tinggi ni aku tak pernah naik, tapi didesak adikku..naiklah juga..
lain kali tak mau naik lagi...takuttt...


Ibu kat ataslahh.....

Ammar sedikit pun tak takut naik Chairlift...aku yg risau.....gayat oooo.......


Ammar ajak naik crazy bus... macam nak gugur jantungku...


Habis semua permainan berbayar Ammar dah naik..
Nak naik lagi.....kopak la ibu Ammar.....
Nangis sampai tak larat ibu nak pujuk...masuk kereta terus lena....
tamat..

2 comments:

Omar M. Hashim (Omara) said...

Aiiii... Bukit Merah pun kami pi juga... Ahad 12 Julai. dapat tiket harian metro juga... tarikh saja berlainan... he he

khadijah said...

plan nak pergi 12hb la...tapi dah free 5hb..terus pergi...org ramaikan kat sana...rajin kumpul keratan akhbar juga ka En Omara..heheh