Assalamualaikum...
Maaf kerana lama tak meneruskan cerita ini.. Terimakasih kerana ada juga org yg ingin membaca dan ingin mengetahui kesudahan cerita ini...
Setelah subuh aku dan suamiku menunaikan solat suboh di surau hospital. Aku dan suamiku tidak pergi kerja. Aku hanya memberitahu bos ku aku tidak akan pergi kerja selagi sarah tidak sedar. Mujur bos pun faham. Rutin harian kami hanya menunggu di luar ICU.. kerana kami langsung tidak dibenarkan masuk jika bukan waktu melawat.
Hari ini (11 ogos) aku mengisi borang penginapan di asrama hospital. Aku memberitahu suamiku aku tak akan balik ke rumah selagi sarah tidak sedar, Aku hanya ingin menunggunya saja. Walaupun hanya di luar.
Aku dapat bilik penginapan di asrama. satu bilik berkongsi dengan lapan org lagi. Bila malam tiba suamiku balik ke rumah. Sementara aku balik ke asrama. Malam pertama tiada sesiapa yg tidor di asrama hanya menyimpan beg di situ. Mereka mungkin bermalam bersama2 pesakit di wad biasa. Aku tidak boleh kerana anakku berada di ICU.
Hari demi hari berlalu, 3 hari sekali aku akan mengisi semula borang penginapan untuk terus duduk di asrama. Dua tiga hari ini ada beberapa ustaz dan pengamal perubatan yg kami panggil untuk tengok dan ubatkan Sarah. Ramai yg berkata Sarah diganggu jin kerana jin suka padanya, ada juga yg kata jin marahkan Sarah.. Bermacam2 yg dikatakan oleh pengamal perubatan. Beberapa hari ini juga ramai rakan2 sarah, rakan2 ku yg datang melawat sarah. Terimakasih pada yg memberi sumbangan untuk perubatan sarah.
Kawan2 ku yg jauh walau tak dapat datang melawat sarah telah membuat kutipan dan memberikan bantuan kewangan kepada ku.. Alhamdullillah.. disaat kesusahan Allah hantarkan org2 yg baik disekelilingku untuk membantu... Memang byk wang dikeluarkan untuk sarah tapi akau tak kesah.. wang boleh dicari tapi nyawa hanya satu tiada penganti.. aku sayang anakku sarah...
Aku, suami sentiasa berdoa, sembahyang hajat bersedekah... memohon pertolongan Allah.. semoga sarah sembuh semula... Kami juga meminta pertolongan sekolah2 agama, masjid membuat bacaan yassin utk sarah.
Setelah seminggu Sarah di ICU dan aku masih menginap dihotel.. rutin harianku hanyalah melawat sarah diwaktu melawat selebihnya aku berdoa, sembahyang hajat untuk kesembuhan anakku.. Suamiku memujukku supaya pulang sekejab menemui anak terutama Aisyah sikecil yg belum pernah ku tinggal lama. Aku pulang sekejab saja melihat rumah dan berjumpa anak2...
Hari jumaat 15 Ogos mlm sarah buka mata.. Aku terkejut bercampor gembira.. aku memanggil2 sarah tapi dia seolah tidak dengar.. Airi liur mengalir laju keluar dari mulutnya... kami sentiasa mengelapnya,,, Sehingga sabtu sarah masih sesekali membuka mata tanpa sedar tapi keaadaannya nampak letih dan tercungap2.. bernafas laju.. jantung berdegup kuat sgt hingga doktor terpaksa memasukkan ubat tidor semula.. sarah koma kembali..
susah untuk ku menaip kerana bila mengimbas kembali aku sedih dan hampir menangis...
akan bersambung... :'(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)















1 comment:
Sedih baca kisah akak.. Kisah kita hampir sama kak. Huhuu menunggu di depan bilik ICU.. Alhamdulillah segalanya kembali pulih dan sihat..
Post a Comment