

Kata ayahku gelas ini dibelinya semasa Malaya merdeka dulu..tak ingat kat mana dia beli.Gelas ini ada beberapa biji dalam simpanan ibuku.. tapi ibuku memberi 3 biji untuk aku simpan.Gelas ini sangat kusayang dan akan kusimpan dan kuwariskan pula pada anak2ku...Sebenarnya ayahku gemar mengumpul barang2 lama juga, agaknya aku mengikut jejaknya.
Ayahku suka menyimpan wang lama, radio2 lama, kamera lama, jam2 lama, teropong lama..kebanyakkan barang itu semua ada dalam simpanan ibu dan adik lelakiku..tak sampai hati pulak nak minta..biarlah mereka simpan..kalau dapat gambarnya akan ku kongsikan dengan kawan2...
Semoga roh ayah dicucuri rahmat...aminn...















No comments:
Post a Comment