Monday, January 25, 2010

Gembiranya hati..

Assalamualaikum kawan2.. Lama tak buat n3 sejak masuk tahun baru ni... Sebagai pembukaan n3 tahun ni saya nak tunjukkan set yg tak disangka2 boleh ada dalam tangan saya. Set ni kalau tengok di mudah.com harga yang dijual memang boleh meleleh air mata.. ingatkan memang tak leh dapat la buat selamanya..
Tapi pada satu hari kira2 2 minggu lepas, suami saya pulang dari rumah kawannya, saya nampak banyak kotak dalam kereta.. saya tak tanya buat tak tau aja..ingatkan kotak barang2 kerjanya.. dia angkut satu persatu kotak tu dari dlm kereta sambail dok senyum.. heran gak.. last saya pi la buka kotak, terkejut macam2 pinggan mangkuk lama, set cawan, gelas, ada yg cukup set ada yang tidak.. Saya tanya dari mana dia dapat semua tu...
Rupa2nya semasa di rumah kawannya, emak kawannya telah mengeluarkan semua kotak2 dari dalam stor dan berikan pada suami saya.. Katanya dia tak mahu lagi simpan semua pinggan mangkuk lama peninggalan emaknya (nenek kawan suami). Jadi dia sedekahkan aja pada saya kerana dia tahu saya suka simpan barang2 lama. Betuahnya badan.. saya suka sgt la...lagi penuh la rumah, dah tak da tempat nak simpan. Pemberian org ni mana leh dijual.. saya akan sambung menjaga barang2 lama ni...Mujur lah kawan suami saya yg dah berumur 30an tu tak kawin lagi....mungkin ujung tahun ni...kalau tak mungkin isterinya yg dapat..heheh






















Walau pun Set ini tak lengkap sepenuhnya saya suka sangat... Teko sebiji, cremer sebiji, tempat gula tak ada mungkin dah ilang kot.. cawan ada 4, piring cawan ada 6 dan piring kuih ada 6.
Terimakasih tak terhingga pada Din dan emaknya..
Terimakasih juga pada suami saya kerana walaupun dia tak berapa minat antik2 ni dia sanggup juga usung kotak2 berat tu bawa balik untuk saya. Mulanya saya nak bayar tapi mereka tak mau, nak sedekah aja. Jadi saya terima dengan gembira sangat2.
Lain kali kalau rajin saya letak pula barang2 lain pemberian mereka.
bye....

No comments: