

Warna bunga rose pada set ni sungguh lembut sebab tu saya bubuh nama set ros lembut..
Set ni dapat dari seorang nyonya muda penjual barang2 lama yang sangat baik hati. Dia banyak menolong saya perkenalkan saya pada pengedar2 barang antik. Ada juga beberapa barang
saya beli dari dia. Kalau ada set2 cantik2 dia akan simpan untuk saya.
Dia tak jual kat org selagi saya tak tengok dulu...baikkan dia..heheh
Teko pun cantik bunga ros begitu besar dan terserlah kecantikannya.
Tempat gula dan tempat susu pun cantik belaka.Set ni kata nyonya tu dapat dari kawannya yg dah berpuluh tahun disimpan.
Puas pujuk baru dapat katanya. masa dapat,set ni masih elok berbungkus
dalam kotak dengan kertas nipis dan juga berbalut dengan kertas surat khabar tahun 1976.
Tak pasti pula set ni keluaran tahun bila.

Set yg dapat dalam keadaan cukup sifat ni saya nak simpan sebab cantik sangat
di mata saya.

Set ni mempunyai satu teko seakan aladin, 6 cawan 6 piring, tempat gula
dan tempat susu, 6 biji piring kuih dan sebiji pinggan besar.
Masa dapat ada sedikit warna kekuningan akibat lama disimpan.
Setelah dicuci terserlah kilauannya..

Itu aja cerita kali ni, tengah rajin ni dapatlah buat n3,
lepas ni ronda2 baca n3 kawan2 pula..
bye...














12 comments:
salam kak.. wah.. cantek set ni.. sweet sgt.. untung kakak dapat set ni in full range..
mmg cantik set ni..nampak dlm kedai kak fauziah ada jual cwn2nya..
akak tak pandai hunting, mujur ada org2 yg baik hati tolong2 huntingkan..heheh
salam kak,sememang cantik set bunga ros nie..lembut warnanya.Teruskan usaha menjagainya.
saya tak byk koleksi pinggan mangkuk teko cawan, yg betul2 bekenan baru saya simpan..heheh
Salam khaty..
tahniah kerana mendapat set yg lengkap begini....
salam kenal dan ziarah khaty..mai tgok koleksi rose lembut ni..amboi duk pi cari tang mana la tu no...nak pi jugak ni..hehe
salam cik jah yang manis...
pekaba jah?harap sihat...ini set tak mo let go lah ya....hehehe nmpknya ghitu lah kan sayang kan dpt full set usia set dah nak dekat 40 tahun tu cik jah.cik jah tau tak sbb apa cik jah murah rezeki org tolong sbb cik jah ni pun baik hati suka tlg org ..hehehehe
terimakasih kak Azzah...ya la bukan senang nak dpt full set, selalunya dapat tak cukup korum..heheh
NJ, kami dok penang, kami cari kat penang la..heheh salam perkenalan juga dr saya..
Saya sihat kak zie.. eh..saya baik hati ke kak Zie?...tengah kembang idong ni..heheh
Set ni sayang nak let go..bungkus masuk bawah katil lagi la jawabnya..heheh
wah! cantiknya ros tu cik jah...., untungnya dpt pengedar yg baik hati.
cantikk.. tu yg syang nak lepas...
amboi kalau tunjuk pinggan mangkuk ramai yg komen kan rohas.. kalau tunjuk antik lain sunyi ja..heheh
Post a Comment