Tuesday, December 24, 2013

Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang

 Dah lama aku teringin nak ke tempat ni... tapi tak tau nak ajak sapa. Suami tak berapa minat. Takat pergi berkelah dia mau la, kalau junggle trecking mcm nai pakai kena hamun la...heheh


 Aku ingat jalan sikit saja dah jumpa tempat berkelah. Boleh terus makan nasi dan anak2 boleh mandi laut. Tapi meleset jangkaan ku.. kami bertolak awal 9 pagi dan sampai ke taman negara dlm jam 10 lebih. Org dah ramai , rata2 bawa backpack siap sbb senang nak tracking. yang kami pula siap bawa raga lagi, lauk nasi air.. hehe punya la berat, tambah2 pulak bawa Aisyah.. kena dukung lak tu. tapi nasib baik aisyah tu tak pernah meragam, ok ja sentiasa....


 Sepanjang kami tracking tu ingat jumpa pantai nak terus beranti dan berkelah.. tapi sepanjang jalan air surut belaka. anak2 ku dah gaduh nak mandi.. takkan mai jauh2 jaln penat2 tak dapat mandi laut.
Kami teruskan bertracking sampai lah ke pantai USM (ada pusat kajian USM) kalau diikutkan nak mai ke sini ada bot yang tambangnya RM80 pergi balik satu bot. Dasyat tak kami.. semuanya jln kaki yg kira2 hampir 2 km jugaklah...

 Si Aisah seronok saja tak buat perangai langsung. Nasib baiklah Allah lindung kami terutama Aishah sbb org kata tempat hutan2 ni agak keras tak baik untuk baby atau kanak2..
 Diertengahan jalan ada juga disediakan tempat berehat, boleh lah kami menghilang letih buat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
 Ini ketua kontijen yg tak nampak letih langsung. tapi time nak tangkap gambar ni dia menguap pulak.


 Tengok tu Aisah mendaki sendiri lagi tu.. heheh semangat mau kuat kan Ecah!


 Adam pada awalnya merungut sebab kena jalan, dia kata dia datang semata2 nak mandi laut tau mau jalan jauh2.. akhirnya dia pun nampak happy walaupun kena bw barang2...


Setelah dekat 2km jalan maka sampailah kami.. terus hampar tikar dan apa lagi makan kenyang2 nasi dan lauk yg ada. kami pi 2 keluarga . Bersama adikku Man isteri dan 2 anaknya.. depa pun bawa nasi juga,... seronoknya makan kat tepi pantai tak tau nak habaq la..best..

Lepas makan apa lagi semua pakat mandi laut.. aku sebagai pemerhati sahaja risau gak tgk ombak kuat....

Apa2 pun memang seronok... sapa datang Penang jgn lupa ke Taman Negara Teluk Bahang berjungle tracking..best sangat2...untuk pengetahuan kwn2 esok tu isnin aku MC sebab sakit lutut...maklumlah dah tua2 ni..hehehe

No comments: