Assalamualaikum...
Lama tak menulis kat sini.. Pasti ramai yg rindu... ekeke.. (perasan) tak ada org nak baca pun sebenarnya haha...
Hari ni nak cerita pasal aktiviti Aisyah kat sekolahnya.. Baru 2 tahun 6 bulan dah masuk sekolah.. hehe.. Tapi dia suka.. Hari2 nak pi sekolah.. suka la tu kawan2 ramai. Cikgu pun baik2 belaka...
Kat sekolah dia belajar mcm2... ni nak kongsi gambar xtvt ecah dan rakan2 kat sekolah...
Nasib baik cikgu rajin whatsap gambar dapat la mak2 tgk apa yg anak2 buat... :)
Tengok ni apa yg ecah pelajari kat sekolah...
Belajar main cop jari...
Koyak kertas dan tempel pada wajah di kertas
Belajar berani dengan burung..
Bermain dengan blok2
Belajar menggosok gigi..
Belajar membutangkan baju..
Belajar menggunakan gunting
Belajar menghias diri sendiri
Belajar mengemas dan menjaga kebersihan
Banyak lagi yg Aisyah belajar tapi tak semua ada gambar.. Sebagai ibu aku rasa gembira tengok Aisyah dah makin pandai dalam banyak hal.. Mula2 masuk sekolah hari tu menangis.. Tapi sekarang kalau boleh hari2 nak pi sekolah...
Terimakasih CIkgu..
Jumpa lagi...

























2 comments:
dia dah mula sesuai dengan persekitaran laa tu.. bila anak seronok kita pun tumpang happy jugak..
Sue bila nak dapat baby pulak? seronok tau ada baby bi hehehe...
Post a Comment