Thursday, May 14, 2015

FAMILY DAY TASKA PKM KEPALA BATAS


 Assalamualaikum
Lamanya tak menulis kat blog ni.. Emm nak buat camna kerja hakiki pun banyak sampai tak sempat menjenguk blog pun..
Hari ni ambik juga sedikit kesempatan nak masukkan cerita mengenai Family day taska Ecah.. Tahun ni Ecah mulai masuk taska dalam umur 3 tahun. ( Bulan Julai ni baru 3 tahun).. Nampak dia lebih ceria dan cerdik sejak masuk taska ni...
Pada 1-3 Mei lalu aku, ecah, intan dan ammar menyertai Family day taska yg diadakan di Pulau Langkawi.
Suami dan 3 orang lagi anakku tak ikut.. Dah besar2 belaka tak nak ikut depa...
Suamiku cuma menghantar kami sampai ke Jetty Kuala Perlis Sahaja..
Kami menyertai beberapa keluarga lagi.. total semua yg pi adalah lebih kurang 80 org..

3 hari 2 mlm kat sana mmg seronok.. Petang hari pertama sampai kami adakan sukaneka.. semua turut menyertainya.. Disini dikongsikan beberapa gambar....

 Ecah bersama ayah masa otw ke Kuala Perlis
 Kami bermalam di Puteri Resort, Pantai Pasir Hitam, Langkawi

 Maisarah, anak Norhaniza kawan sekerjaku yg sama2 setaska dgn Ecah


 me n niza

 Niza dok pujuk anak main kepit belon heheh



 Acara duduk atas belon sampai pecah.. Ecah tak berjaya.. belon tak mau pecah...hehe


 Ammar dan ibunya nak masuk lari ikat kaki berdua...


 Menang no 2, lari ikat kaki...


 Ecah kepit belon..



 Berjaya jugak ecah kepit sampai dapat no 3... tahniah ecah..

 Aku rabun pun masuk acara bubuh benang dlm jarum sambil jalan..


 Menang no dua tu.. dasyat tak hehe...




 Suami mekup isteri .. memacam ragam.. hehe



 Ammar masuk muzik chair.. Juara tu...
terer la Ammar...


Kalau nak cerita panjang lagi sebenarnya kisah di Langkawi... Insyaallah free2 nanti kita sambung..

K.. Bye..

 

No comments: