Wednesday, October 28, 2015

Konvo Taska PKM Kepala Batas (KEMAS)

Assalamualaikum..

Sebab tengah rajin maka nak tulis satu cerita lagi pasal Konvo Taska PKM tempat anakku Nur Aisyah Az Zahra belajar dan mendapat ilmu. Terhutang budi rasanya pada Taska dan cikgu2 yg mengajar Aisyah.. Dari dia tak pandai apa2 sekarang dia dah pandai banyak..

Terhibur rasa hati kami sekeluarga dengan gelagatnya menyanyi, menari dan membaca doa seperti yg diajar oleh cikgu2 Taska.

Pada 24 Oktober lepas telah diadakan Konvo bagi kanak2 Taska dan Tadika bagi parlimen Kepala Batas dan taska Ecah terlibat sama. Semua kanak2 berusia seawal dua tahun sehingga lima tahun mendapat sijil dalam majlis itu. Termasuklah Ecah bersama kawan2nya...






Seronok tengok persembahan kanak2, bermacam ragam.. Kecik2 lagi dah pandai. Ni semua hasil asuhan guru2 yg tak pernah jemu mendidik mereka. Ini ada sebahagian gambar yg sempat aku ambil.



 Oh.. ni gambar masa Ecah dapat cabutan bertuah... walaupun tak dapat basikal tapi syukur kerana dapat juga sebuah hamper... alhamdullillah..



Dan yg last sekali jom tengok Ecah naik pentas ambik sijil... mesti dia rasa tertanya2 dan kehairanan.. apakah yg aku buat ni?.. hihi...


Ecah akan meneruskan pelajarannya di Taska yg sama tahun depan pada umur 4 tahun. Dan aku amat berterimakasih kepada semua cikgu2 yg sudi mengajar Ecah selama ini.
ok semoga kita berjumpa lagi...


1 comment:

izzeyda said...

tahniah ecah.. comel tengok ecah pakai jubbah konvo tu..