Tuesday, December 22, 2009

ooo...begini rupanya Memory Lane...



Salam kawan2..Nak cerita lak pengalaman pertama kali ke ML..Saya pergi pada 20 Dec 09.
Pinggan mangkuk, cawan teko agak banyak...tapi saya tak jumpa yang harga murah...
Mungkin tak pernah pergi dan tak tahu nak tuju kemana dulu..
Masa saya sampai belum pun pukul 7 pagi..org tak ramai, dlm masa sekejab ja org dah ramai..
sampai nak jalan pun asyik belaga bahu ja..heheh
Saya lebih banyak meronda dari membeli..
Mula ingat nak sms Zany blogger antik Ipoh tu..tapi tak jadi lak sebab tak janji awal2..
takut dia sibuk lak. Maaf ya Zany akak tak bagitau nak datang..

Masa awal pagi lagi dalam pukul 7 nampak kakak baju biru ni sibuk sungguh memilih pinggan mangkuk..saya berdiri lama di tepinya, dia sibuk memilih dan mengambil gambar...
saya terdengar nyonya tu beritahu pada seorang pelanggan yg kak saidah ni pelanggan tetap dia, "tiap2 minggu mesti datang punya.." kata nyonya tu. Best lah kak saidah..rasanya semua penjual dah kenal dia..
lepas 2,3 kali bertembung dgn kak saidah baru saya beranikan hati untuk menegur.
Terimakasih kerana Kak Saidah sudi ajak ke rumahnya, tapi oleh sebab kami dah nak balik maka tak sempatla saya nak singgah rumah kak saidah.

tengok gambar tu..sibuknya kak saidah mengambil gambar sampai tak sedar saya curi tangkap gambar dia....maaf ya kak saidah..



Permandangan ML dari Hotel Ipoh City...

3 comments:

Anonymous said...

kah kah kah..saya kena candid ngan another camera woman..caya lah khaty..

Barang2 kat pasar tu pun dah mahal kan Khaty. Ada adik sorang tu jual teko kekwa biasa pun rm65, tu lah sapa-sapa yg pesan barang dari Ipoh ni bersedia utk mengalami kenaikan harga tahun depan hehehe

ezany said...

hai kak,wah bes ke g ML..hehhee...tu la harga kat situ mmg byk dah naik..ikut nasib je dpt murah...

zs said...

salam jah,wah dah sampai jugak ke ML..mahal kan brg2nya? kalau utk kumpul sendiri ok la lg...tp kalau utk jual balik-mmg tak sanggup,nanti org kt kita ni cekik darah...