Cuma kali ini saya nak cerita tentang perjalanan semalam ronda penang dengan anak2..
Setelah mendapat kebenaran dari suami saya yg masih lagi berada di Kuala Lumpur..
dekat sebulan dah..huhu..rindu sgt2 kami sekeluarga..balik sat aja raya haji lalu..kemudian pergi semula...maklumlah nak mencari rezeki.. kami terpaksa melepaskan ayah pergi ke KL..jgn tak balik dah la..anak2 dah mula bertanya2 bila ayah nak balik..
Saya tak pandai sgt sebenarnya nak merodong sorang2 bawa anak2..tapi memandangkan kesian tengok anak2 memerap aja sehari-harian di dalam rumah sementara saya asyik kerja..maka saya pun mengambil cuti sehari dan dengan beraninya membawa mereka semua ronda Penang.. bila tak tau jalan saya tanya orang, kalau malu bertanya sesat jalan betul tak?..heheh
Mula2 kami pergi ke Muzium Islam, ni pertama kali sampai...tak besar mana pun muzium ni..kena bayar juga masa masuk tu..ada la sikit2 gambar yg saya ambil walaupun sebenarnya tak boleh...
Lepas tu kami ke Muzium Pulau Pinang pula, best jugak muzium ni...lama dah tak pergi..
last sekali kami pergi beberapa tahun yg lalu..masa tu lagi 30minit nak tutup..kami naik atas masa tu, tiba2 lampu ditutup kerana muzium dah nak tutup, lintang pukang lari dalam gelap..hahha..
Kat muzium ni tak berani nak tangkap gambar kerana ada penjaga melilau kiri kanan..
Lepas tu Ammar asyik merengek nak main ndoi..(buaian la tu)..
bawa pulak ke Padang Kota lama...main lama la jugak kat situ..main bola lagi..siap Ammar terlena lagi kat padang tu...dalam cuaca yg redup dan berangin memang best main kat padang tu...release tension kata org..heheh..
Kami menjamu selera kat gerai makan kat Padang Kota..byk kedai sampai tak tau mana nak pilih..makan mee goreng..nasi goreng..mmm sedap la mee mamak niee...ada gambar tu ha..
Sapa yg tak besa pi makan kat situ pi la merasa...dengan angin sepoi2 bahasa emm sedap makan kat situ...
Adoi dah panjang celotahku rupanya...tak pernah taip byk cam ni...
Saya ni suka sangat bila melihat anak2 gembira..hati rasa gembira juga..walaupun kadang kala kita berhabisan duit untuk anak2 tapi hati rasa puas bila melihat mereka tertawa...for me 'family no 1' heheh...
Mesti ada yg boringkan tengok sipenjual brg buruk berceloteh hari ni...tak pa bagi perminat pinggan mangkuk dan brg lama nanti saya letakan pula gambar2 koleksi teko cawan ciput saya..heheh
ok bye....
cuti dah nak abis ni..bagi yg belum lagi bercuti pergi la cuti2 Malaysia...datanglah ke Pulau Pinang...la ni ada Pesta Pulau Pinang tau....mai cek maiiii.........

Emmm..sedap mee goreng ni..
Muzium negeri Pulau Pinang
Muzium Islam Pulau Pinang





















No comments:
Post a Comment