Asalamualaikum...
Dah beberapa hari ... sejak khamis minggu lepas aku sakit lutut gara2 berlatih marathon... maklomlah dah 20 tahun tak berlari.. tiba2 pi dok berlari pulak.. beberapa hari aku berlatih bersama2 rakan2 sejabatan. Datang hari perlawanan aku tak dapat lari pulak dah sebab lutut ku sakit sangat....
Ni lah org kata memang tak ada rezeki, biarpun masa berlatih aku sentiasa dapat no 1... (tua2 pun laju gak aku lari) heheh...... tapi masa hari perlawanan aku tak dapat lari... dan sampai hari ini kaki dan terutama lututku terasa sangat sakit... berjalan pun terhencot2...
Tadi kawanku (clener pejabat) mengajak ku ke farmasi cari ubat... mujurlah dia ada.. kwn2 yg lain tak ambil tau pun.. bukan aku tak ke klinik.. dah pi isnin lepas tapi masih sakit tak tertahan. aku datang kerja juga memandangkan kerja byk aku kena siapkan...
Lepas ke farmasi beli ubat yg disyokan doktor kat situ kami ke kedai makan tapau nasi. kalau dia tak bawa aku naik motornya tak makan lah aku hari ini... mmg tak larat langsung nak jalan.... Bila jadi sakit macam ni barulah aku terasa nikmat kesihatan... sakit buat aku ingat.. bila tuhan tarik salah satu kesihatan kita barulah kita tau kekuasaan Allah dan kita patut bersyukur pada pemberiannya selama ini... inilah pertama kali dalam hidupku sakit lutut........alhamdullillahhh
BICARA KESAKITAN
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu
SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH
Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan,
hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu
nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat.
Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat.
Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didtangkan sakit, adalah
untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut
mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.
Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di
akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi
kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah
Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh
dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang
dalam sekelip mata.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan
‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah
al-Ankabut, ayat 2-3)
Untuk itu, jangan dicela sakit yang
menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini
manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka
ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian
kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah
daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan
(dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah
mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30
Semoga kita tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun
dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur
nikmat’. Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh beringat sahaja.
Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya
*... aduh sakitnya kakiku........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














No comments:
Post a Comment