Hari ni 4.4.14 (eh..cantik lak tarikh ni)... aku dan sahabat seofis ku Timah sepakat nak belanja kawan kami makan mee udang.. kawan kami Na tu adalah clener kat ofis.. tapi kira kawan baik jugak lah.. kami semua sama taraf ja.. umo pun hampir sama. Timah bawa kereta.. setelah puas pusing2 jumpa la jugak kedai mee udang. Kami makan kat kedai Mee udang Yusof
Mula2 nak makan kat mee udang Yaacob Hashim sbb aku nampak byk blog yg bgtau mee udang kat situ lagi sedap, tapi tak buka lagilah.. hari ini jumaat, dia buka pukul 1 lebih katanya.
Kami makan lah kat sebelahnya ni... tapi leh tahan sedap gak... ala tengah lapar semua sedap... makan special punya.. 3 org rm37 termasuk air...
Kami makan lah kat sebelahnya ni... tapi leh tahan sedap gak... ala tengah lapar semua sedap... makan special punya.. 3 org rm37 termasuk air...
Tengok, kalau tak sedap takkan licin lagu ni..heheh
Masa nak balik Na ajak pi pasar bisik Kota Kuala Muda. Setelah tya org sana sini jumpa la jugak pasar ni... Timah yg expert tentang pasar2 macam ni cuba2 lah bisik jugak untuk ketam, udang ikan yg dia letak atas lantai... terliur aku tgk ketam. tapi tak dapat, ada org bisik lagi mahal.
teliur la tgk ketam.
Ni pesen beli cara bisik, sapa bisik paling mahal dia la yg dapat.
Setelah tak berjaya bisik, Na nak juga ikan, kami diberitahu kat boat pun boleh beli terus, sekilo RM5, tapi plastik kena bawa sendiri. Kami pun pi ... Dapat lah na beli RM10.. aku tgk belambak gila ikan temernung yg org bot tu bg kat dia... lupa lak nak tangkap gambar, kira ok la.. murah.
Best juga pi pasar bisik ni.. nanti nak ajak suamiku beli ketam kat situ.. boleh juga terus pi makan mee udang Pulau Sayak dengan anak2...
Best juga pi pasar bisik ni.. nanti nak ajak suamiku beli ketam kat situ.. boleh juga terus pi makan mee udang Pulau Sayak dengan anak2...























No comments:
Post a Comment