Wednesday, December 24, 2014

Ammar bersunat

Assalamualaikum...

Ammar anak no 5 ku dah berumur 9 tahun.. tapi masih tak bersunat lagi... selalu dia mengelak bila diajak..
Tapi tahun ni tak dapat mengelak lagi.. Awal cuti sekolah hari tu aku telah booking tarikh bersunat untuk Ammar di hospital Kepala Batas. Sunat kat hospital ja free... dapat sijil sunat lagi.. selama ni tak tau ada pulak sijil sunat.. hehe

        Pagi16.12.14 dlm pukul 8.00 aku dah bawa dia ke Hospital Kepala Batas. Ada 4 orang akan bersunat termasuk Ammar. Ammar nampak ceria ja.. Pukul 10 pg barulah budak pertama dipanggil masuk bilik bedah.. nak bersunat pun dalam bilik bedah oo... Punya lah lama sejam jugaklah budak tu disunatkan..



Lepas dia keluar, adiknya masuk.. sama juga sejam lebih... fuhh penat menunggu aku.. Ammar pun dah boring mula dok ajak balik.. Aku bg semangat kepada dia.


     Lepas semua budak keluar, barulah ammar dipanggil lebih kurang pukul 1 tghari... Aku memang risaukan Ammar takut dia menangis.. Tak lama pula dia kat dalam tu.. dalam setengah jam ja dah keluar, muka merah.. nampak ja aku dia terus menangis macam sakit sangat, doktor bg ubat penahan sakit dan bg nasihat. Ammar terus menangis.. Aku bagi ubat penahan sakit sikit utk dia dan lepas ambil sijil kami terus balik.

    


                                       Gambar di atas ni semasa belum sunat.. ceria la....


Dalam perjalanan Ammar asyik menangis mengatakan sakit sangat, buatkan aku risau.. dalam hatiku berkata... ehh doktor ni tersilap potong ka... ishh awat ammar asyik menangis... Aku singgah farmasi beli ubat penahan sakit yg lebih kuat.

     Sampai aja di rumah terus bagi dia makan ubat penahan sakit dah bg dia tidor. Nasib baik dia terus lena.
Aku rasa Ammar ni tak tahan sakit sebab tu dia menangis walhal tak ada apa2 yg pelik pun...
Aku jaga ammar dua hari, hari ketiga aku terpaksa pergi kerja dan tinggalkan dia dijaga kakak2nya..

Dah pun sunat...

   Semasa aku menaip ni Ammar telah 9 hari disunatkan.. Alhamdullillah dah boleh pakai seluar dan jln2 dalam rumah... Ibu harap lepas ni Ammar jadi anak yg baik dan mendengar kata....

Ni yang mahal ni... sijil bersunat.. heheh


k, bye... Wassalam

4 comments:

izzeyda said...

Alhamdulillah dah selamat semuanya.. Dah besar laa Ammar.. ya ka, best laa siap ada sijil lagi tuh.. bukti tuh dah bersunat..

khadijah said...

semuanya dah selesai bersunat.. lega dah... :)

Ana Jingga said...

Thaniah ammar, dah melangkah ke alam dewasa hehe, hati ibu tetap bimbangkan keselamatan anak2kan.. singgah sini :)

khadijah said...

terimakasih anajingga sudi singgah blog sepi ini.. hehe.. salam perkenalan.... :)