Assalamualaikum..
Hari ni nak bercerita pasal reunion IKM Lumut yg aku dan anak2 hadiri di Pantai Pengkalan Balak, Melaka pada 13 Des 2014. Reunion ini dicadangkan semasa Sarah baru saja koma.. Kawan2 se IKM dulu banyak membantuku dari segi sokongan, kata2 semangat dan juga bantuan kewangan untuk perubatan Sarah..Alhamdullillah, syukur aku dikurniakan rakan2 begitu perihatin.
Pada mulanya aku tidak terfikir hendak hadiri reunion ini kerana masalah kewangan dan sarah juga masih dalam rawatan dan tidak dapat berjalan sepenuhnya lagi... Tapi Sarah sendiri teringin hendak pergi, rakanku juga memujukku... Salah seorang telah memasukkan sejumlah wang untuk aku dan anak2 join reunion tersebut walau aku cuba menolaknya. Ramai kawan2ku teringin sangat hendak berjumpa dengan Sarah. Aku juga kasihankan Aishah sahabat baikku.. dia teringin sangat nak join tapi tak berani memandu sendirian.. Akhirnya aku ambil keputusan pergi juga bersama anak2ku.. suamiku tak dapat turut serta kerana kehabisan cuti dan bermacam kerja yg perlu dibereskan.
Kami bertolak ke Rawang dulu untuk bermalam di rumah kawanku Sara dan suaminya Zul.. mereka rakan sekelas kami.. dulu kami selalu mengusik mereka berdua di dalam kelas.. tak sangka akhirnya mereka menjadi suami isteri dan sudah beranak 5... besar2 belaka...
Sara dan Zul bersama anak2 mereka
Kami disambut meriah. Lama sungguh tak jumpa kawan2.. 24 tahun... bukannya sekejab.. semua sudah berjaya rupanya... Alhamdullillah.. Sarah pun sangat gembira.. Begitu juga adik2nya tertama Aisyah yg sangat suka dapat mandi laut...
Bermacam2 program dijalankan. Permainan kanak2, dewasa, cabutan bertuah dan tak lupa juga bacaan yasin untuk mereka2 yg telah pergi dahulu.. Malamnya diadakan bbq dan pertandingan memancing. Kami turut dapat byk hadiah cabutan bertuah. Penginapan kami kat situ pula ditaja Aishah. Baik sungguh kawan2ku.. Alhamdullillahh. Walaupun perjumpaan hanya sekejab tapi terasa begitu seronok sekali... Mungkin tahun hadapan akan ada lagi reunion insyaallah.. kalau ada rezeki kami join lagi...
Di kondo Zila
Oh terlupa.. semasa pulang kami singgah kuala lumpur dan bermalam di kondo seroang lagi rakan sekelasku.. Zila.. anak2 suka dapat mandi kolam pula...macam2 ragam...
Alhamdullillah kami semua selamat perjalanan pergi balik walau ini kali pertama kami memandu untuk perjalanan jauh... Di sini ada sedikit gambar kenangan...
Semasa nak memulakan perjalanan
Sarah bersama seniorku.. kak syikin yg comel
Lawa tak baju kami? heheh
Permainan kanak2
Aisyah suka sangat dpt mandi laut di Pantai Pengkalan Balak
kolam di kondo zila

























2 comments:
bestnya dapat bawak anak2 makan angin.. sue pun nak bawak anak2 jln dekat2 ni jer.. sian jugak kat depa, dok umah jer cuti nih..
sekarang ni dah ujan ja...ingat nak bawa amar dan ecah ke kolam mpsp pun tak dapat lagi... sejak balik melaka ecah hari2 ajak mandi laut.. pening dibuatnya...
Post a Comment